[Foto] 21 Yahudi cedera dalam letupan bas di al-Quds

AL-QUDS, 18 Apr 2016 (Maan) — 21 orang Yahudi tercedera petang tadi dalam kejadian letupan bas di jalan utama berdekatan penempatan haram Gilo yang memisahkan al-Quds dan Beit Lahm. Dua daripadanya dalam keadaan parah.

Menurut kenyatan polis Zionis, sebutir bom telah meletup di bahagian belakang sebuah bas yang sedang menuju ke Gunung Herzl di al-Khalil, selatan Tebing Barat. Letupan tersebut juga menyebabkan sebuah bas bersebelahan serta sebuah kereta awam terbakar.

Kejadian tersebut menunjukkan betapa Intifadah al-Quds masih lagi semarak sungguhpun pihak rejim kebelakangan ini meningkatkan tindakan zalim menangkap dan membunuh penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak. Lebih 200 penduduk Palestin terkorban sejak Oktober lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts