GAZA, 8 Okt 2018 — Sekurang-kurangnya 29 orang cedera diserang oleh tentera penjajah Zionis ketika menyertai perhimpunan di kawasan pantai utara Gaza malam tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, seramai 11 orang tercedera ditembak dengan peluru hidup, lapan orang terkena serpihan tembakan dan enam yang lain cedera akibat serangan bom gas pemedih mata.

Manakala seramai sembilan kanak-kanak dan lima orang wanita adalah antara mereka yang tercedera.

Penduduk Gaza menyertai perhimpunan Great Return March di kawasan pantai bagi mendesak dihentikan sekatan ke atas Gaza yang berterusan sejak 12 tahun lalu.

Lebih 20 buah bot belayar menyertai demonstrasi maritim di perairan Gaza.

(PIC, MEMO)

SHARE