[Foto] 300,000 jemaah solat Jumaat di al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 16 Jun 2017 (Maan) — Lebih 300,000 penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Wilayah Jajahan 1948, serta 100 dari Gaza dan beberapa warganegara luar, berjaya mendirikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa walaupun polis Zionis mengawal ketat seluruh kawasan Baitul Maqdis.

Tentera Zionis mengetatkan kawalan dari Tebing Barat menuju ke Baitul Maqdis, sementara ribuan anggota polis mengepung laluan masuk ke kota suci dan semua pintu masuk al-Aqsa.

Hanya 100 orang penduduk Gaza yang berumur lebih 50 tahun dibenarkan melintas semapdan di Beit Hanoun untuk menuju ke Baitul Maqdis. Ahli jemaah dari Amerika, Britain, Turki, Afrika, Jordan dan Perancis turut berjaya memasuki masjid.

Menurut Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani, kehadiran begitu ramai ahli jemaah menunjukkan tindak balas secara fitrah umat Islam ke atas tapak suci umat Islam itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts