[Foto] Agihan Bantuan Di Bawah Ancaman Serangan Zionis

GAZA, 1 Ogos 2014 (BHP) — HALUAN melalui kerjasama rakan NGO di Gaza iaitu Al-Sarraa Foundation giat mengagihkan bantuan keperluan makanan, ubat-ubatan dan wang tunai kepada mangsa keganasan Zionis.

Sungguhpun berhadapan dengan risiko serangan tentera Zionis, relawan Al-Sarraa tetap berusaha gigih menyampaikan bantuan dari rumah ke rumah, memandangkan majoriti penduduk Gaza berhadapan dengan kekurangan bekalan makanan. Jika ada makanan sekalipun, penduduk Gaza tetap tidak mampu membelinya kerana kekangan kewangan akibat serangan yang sedang berlaku dan sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis sejak tahun 2007.

Sejak tercetusnya serangan 24 hari lalu, HALUAN telah menyalurkan tiga bantuan kemanusiaan yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak USD320,000.00. Sumbangan masyarakat prihatin Malaysia itu disampaikan dalam bentuk bantuan ubat-ubatan, makanan, penginapan dan wang tunai.

Dalam misi bantuan pada minggu pertama serangan, bantuan telah disampaikan kepada pesakit-pesakit yang terlantar di Hospital As-Shifa dan Hospital Sheikh Radwan dan juga bantuan makanan kepada keluarga para syuhada dari rumah ke rumah.

Menurut Ketua Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan, HALUAN akan meneruskan kempen kutipan bantuan kecemasan untuk rakyat Gaza, memandangan kadar kemusnahan, kematian dan kecederaan yang begitu tinggi. “Angka kematian dan kecederaan kini sudah melebihi daripada apa yang berlaku dalam serangan pada tahun 2008-2009. Sudah tentu penduduk Gaza amat memerlukan bantuan yang sangat besar, apatah lagi rejim Zionis juga telah memusnahkan banyak infrastrukur awam seperti masjid, sekolah, hospital, jenakuasa elektrik dan saluran paip air,” kata beliau.

Dr Syed Muhammad Haleem juga memaklumkan bahawa pasukan perubatan HALUAN sedang bersedia untuk ke Gaza dan menunggu perkembangan di pintu lintasan Rafah.

Teruskan bantuan ikhlas and melalui

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts