GAZA, 28 Feb 2014 (BHP) —┬áBekalan elektirk kini menjadi suatu kemewahan bagi saudara kita di Gaza, bukan lagi keperluan asas. Sekiranya mereka bertuah mendapat bekalan sekalipun, ia hanyalah sekitar empat jam sehari. Hal ini sekaligus memberi kesan buruk kepada industri, hospital, institusi pendidikan dan juga keperluan rumahtangga.

Dalam serangan pada musim panas lalu, tentera Zionis telah mengebom satu-satunya stesen janakuasa elektrik di Gaza. Stesen itu juga telah dibom pada 28 Jun 2006. Sungguhpun stesen ini masih mampu menghasilkan 30% keperluan bekalan elektrik Gaza, bekalan bananapi yang terhad sering menghalang kemampuannya itu.

Insiden kebakaran yang tragis mengorbankan ramai kanak-kanak dan keluarga kita di Gaza, akibat penggunaan lilin dan pembakaran yang tidak selamat.

Alhamdulillah, sungguhpun usaha ini kelihatan kecil, HALUAN dengan kerjasama Al-Sarra Foundation dari Gaza, dan Sahabat Al-Aqsha serta KISPA dari Indonesia, bergandingan mengagihkan lampu kecemasan kepada mereka yang sangat memerlukan, terurama para pelajar. Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat besar untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutama sekali bagi pelajar untuk kegunaan mereka pada waktu malam.

Turut berbesar hati mengagihkan bantuan dermawan Malaysia dan Indonesia ini adalah Dr Abdurrahman Jamal, seorang ulamak penggerak hifzh al-Quran di Gaza. HALUAN mengucapkan setinggi penghargaan kepada anda yang terus bertaut ukhuwah dengan saudara kita di Gaza. Semoga anda dilimpahi dengan cahaya rahmat Allah di akhirat kelak. Aamin.

SHARE