[Foto] Agihan Susu Untuk Anak-Anak Syria

BANDAR BARU BANGI, 28 Julai 2015 (BHP) — Syukur alhamdulillah, sebahagian daripada sumbangan anda untuk warga Syria dan pelarian Palestin telah diagihkan untuk memenuhi keperluan anak-anak Syria di Ghouta Timur mendapatkan bekalan susu.

Agihan telah disempurnakan pada bulan Ramadan baru lalu oleh relawan tempatan Al-Sarraa Foundation, yang beroperasi di dalam wilayah Syria sejak sebelum bermulanya krisis pada tahun 2011.

Kawasan Ghouta Timur yang masih terkepung di pinggir kota Damaskus itu menyaksikan beberapa insiden pembunuhan tragis oleh tentera rejim, termasuklah menggunakan bom kimia. Sehingga kini, penduduk masih berhadapan dengan serangan bom dan pertempuran.

Semoga segala sumbangan & kebaikan anda mendapat ganjaran terbaik dari Allah SWT.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts