[Foto] Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

LUBNAN, 24 Nov 2014 (BHP) — 100 anak yatim Palestin dan Syria yang menumpang hidup di Kem Pelarian Ein al-Hilweh di Lubnan menerima sumbangan tajaan sara hidup mereka bagi bulan November 2015, dengan penuh rasa syukur dan terima kasih.

Program menaja sara hidup anak-anak yatim Palestin dan Syria yang dilancarkan secara kerjasama oleh Biro HALUAN Palestin dan Biro HALUANITA serta Al-Sarraa Foundation, sebuah NGO yang beroperasi di Beirut, sejak awal tahun 2014 itu memberi kemudahan untuk masyarakat prihatin Malaysia membantu mereka dengan sumbangan US$50 setiap orang untuk menampung kepelruan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan pendidikan.

Anak-anak yatim ini merupakan sebahagian kecil daripada 70,000 anak-anak pelarian Palestin di kem-kem pelarian di Syria yang sekali lagi terpaksa menjadi pelarian setelah tercetusnya peperangan di Syria. Masih ramai anak-anak yatim yang terpaksa berpindah dari satu kem ke kem lain bagi meneruskan kehidupan tanpa ibu bapa mahupun waris.

HALUAN mengalu-alukan lebih ramai penyertaan rakyat Malaysia dalam program ini, agar lebih ramai anak yatim dapat ditaja.

Maklumat lanjut boleh dicapai di www.haluanpalestin.org atau facebook.com/haluanpalestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts