[Foto] Bantuan Kecemasan Pertama HALUAN Diagihkan

IMG-20140713-WA0018BANDAR BARU BANGI, 12 Julai 2014 (BHP) — Serangan tentera Zionis ke atas penduduk awam Gaza masih sengit dan berterusan.

Hari ini sahaja sekurang-kurangnya 21 lagi orang awam terkorban dalam serangan yang menyasarkan rumah dan masjid, iaitu angka korban yang paling besar dalam tempoh sehari sejak bermulanya serangan petang Isnin 7 Julai lalu.

Korban keseluruhan kini melebihi 150 orang dan lebih 1000 yang lain mengalami kecederaan, termasuk kecacatan kekal sepenuhnya.

Alhamdulillah dalam kepedihan rakyat Gaza berhadapan dengan embargo serta bom dan peluru Zionis, HALUAN telah berjaya menghantar bantuan kecemasan pakej pertama bagiĀ keperluan makanan, kos rawatan serta ubatan dan juga penginapan sementara.

“Hari ini kita telah menghantar bantuan bernilai USD100,000 untuk meringankan beban mereka dengan memberi bantuan dalam bentuk makanan dan minuman serta membantu pembiayaan tempat penginapan sementara,” jelas beliau Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Ketua Biro HALUAN Palestin. “Pagi tadi, relawan kita juga telah menghulurkan sumbangan kepada pesakit di Hospital Kamal al-Udwan di Jabaliya di utara Gaza dan juga di Hospital as-Shifa di Gaza City.”

Semua kerja agihan sumbangan dilakukan oleh relawan tempatan di Gaza melalui kerjasama rakan NGO di situ.

Terima kasih di atas keprihatian anda membantu mereka, hanya Allah yang layak memberi balasan. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga.

Teruskan sumbangan anda melalui

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts