[Foto] Bantuan Musim Sejuk Anda Untuk Syria

DAMASKUS, 14 Jan 2015 (BHP) — Inilah sebahagian daripada bantuan yang anda sumbangkan untuk saudara kita di Syria yang sedang berhadapan dengan musim sejuk yang mengcengkam.

Semalam, musim sejuk yang melanda wilayah Syam khususnya Syria telah mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang lagi penduduk di wilayah Idlib. Kejadian itu melibatkan tiga warga warga emas, termasuk dua wanita, kerana terpaksa tinggal dalam cuaca sejuk tanpa alat pemanas.

Ahad lalu, tiga bayi dan seorang warga emas meninggal dunia membeku di Aleppo, juga kerana tidak mempunyai alat pemanas. Dua lagi kanak-kanak bawah lima tahun meninggal dunia di kem pelarian di Goutah.

Alhamdulillah, inilah sedikit sumbangan kita untuk menghangatkan mereka, di samping memberi kemudahan asas kerana mereka terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik dan minyak. Semoga Allah menerima amal ikhlas tuan/puan.

Juga jangan lupa untuk menghangatkan mereka dengan doa anda.

Sumbangan boleh diteruskan melalui akaun berikut:

Tabung Palestin HALUAN

Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts