BANDAR BARU BANGI, 20 Mac 2015 (BHP) — Alhamdulillah, dengan izin Allah usaha membantu keluarga kita di Darra di selatan Syria bersempadankan wilayah Jordan akhirnya tercapai, sungguhpun hanya sedikit.

Penduduk Daraa dikepung oleh rejim Basar Assad sejak Mac 2011, di mana mereka sering diserang, dibunuh dan ditangkap. Wilayah yang penuh bersejarah dari era Firaun sehinggalah ke zaman Rasulullah SAW dan seterusnya di era Khilafah Uthmaniah itu merupakan salah satu daerah pencetus kebangkitan menentang kezaliman rejim.

Sumbangan rakyat Malaysia dan Indonesia melalui HALUAN, Sahabat Al-Aqsha dan KISPA itu berjaya diagihkan melalui kesungguhan dan pengorbanan relawan Al-Sarraa Foundation, sebuah NGO yang beroperasi di Syria dan juga Palestin.

Bantuan tidak seberapa ini dapat sedikit sebanyak membangkit semangat mereka untuk terus sabar bertahan dalam kehidupan yang perit di bawah sekatan. Semoga Allah merahmati tuan puan yang terus menyumbang.

Ya Allah, terimalah amal dan persaudaraan kami.

SHARE