[Foto] Bersama Hiburkan Anak-Anak Penghafal Al-Quran Gaza

GAZA, 19 Sept 2014 (BHP) — Menurut laporan UNRWA, Lebih 350,000 anak-anak Gaza memerlukan rawatan trauma akibat pengalaman ngeri berhadapan dengan kejahatan tentera Zionis baru-baru ini. Rumah mereka dihancurkan, kawan dan keluarga tersayang dibunuh serta dicederakan, dan lebih dahsyat lagi mereka dipenjara dari dunia luar dan hidup dalam keadaan dinafikan hak asasi sejak lapan tahun lalu.

Kekejaman tentera Zionis ke atas mereka bukanlah suatu yang baharu, bahkan kitaran tragedi ini mungkin berulang pada bila-bila masa. Namun tanggungjawab kita adalah untuk cuba meringankan penderitaan ini, membantu mereka membina semula kekuatan.

Sebagai menyahut tanggungjawab membantu anak-anak ini, HALUAN Malaysia dengan kerjasama Al-Sarraa Foundation di Gaza serta rakan NGO Sahabat Al-Aqsha dan Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina (KISPA) menganjurkan satu program perkelahan untuk 65 anak-anak penghafal al-Quran yang berpusat di Rafah.

Menurut relawan Al-Sarraa Foundation, Syeikh Muhammad Khattab, anak-anak ini merupakan pewaris yang akan mempertahankan bumi Gaza daripada kejahatan rejim Zionis. “Sangat penting kita menanamkan pada anak-anak ini bahawa al-Quran yang mereka pelajari dan hafal itu adalah kekuatan paling utama untuk mengusir penjajah Zionis dan mengembalikan kemuliaan Islam dan kaum Muslimin,” kata beliau.

Dari pagi sampai malam anak-anak dari kawasan selatan Gaza ini berkelah di beberapa tempat yang penting dan bersejarah di Gaza, termasuklah di Masjid Umari, Universiti al-Aqsa dan Bandar Ashda’.

Masjid Umari merupakan sebuah masjid yang terbesar dan tertua di Gaza, di mana Khalifah ‘Umar bin Khattab pernah singgah di situ ketika dalam perjalanan menerima kunci kota Baitulmaqdis setelah berjaya dibebaskan pada tahun 19 Hijrah. Manakala Universiti al-Aqsa merupakan kompleks bangunan bekas pusat pemerintahan penjajah Zionis bernama Neve Dekalim yang berjaya diusir sejak tahun 2005. Bandar Ashda’ pula adalah sebuah taman hiburan bagi penduduk Gaza di atas kawasan bekas pemukiman elit Yahudi yang bernama Gush Katif yang juga telah diusir sejak tahun 2005.

Di atas keprihatinan masyarakat Malaysia dan Indonesia kepada anak-anak ini, Syeikh Khattab menyebut, “Kami tahu sejak sebelum bermulanya serangan pernah membiarkan kami. Terima kasih.”

“Semoga Allah kurniakan keberkatan yang melimpah rakyat dan tanah air anda. Malaysia dan Indonesia selalu di sini,” doa Syeikh Khattab.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts