GAZA, 27 Nov 2017 — Hujan lebat yang turun di wilayah Gaza hari ini menyebabkan beberapa buah rumah rumah dan kedai ditenggelami air banjir dan beberapa laluan ditutup.

Kawasan yang dilanda teruk adalah Al-Shuja’iyya, Al-Zaytoun, Al-Tuffah, Sheikh Radwan, dan Muftaraq Al-Sahaba, di mana air memasuki rumah, bahkan kenderaan dihanyutkan air.

Pasukan pertahanan awam bekerja keras membantu mangsa, termasuk mengepam air keluar dari rumah-rumah terbabit.

Paras air bagaimanapun surut selepas tengah malam, apabila hujan berhenti.

(Sumber: MEMO)

SHARE