[Foto] Gaza Menanti Musim Sejuk Dalam Hujan Dan Runtuhan

GAZA, 20 Okt 2014 (Middle East Eye) — Penduduk Gaza yang disekat dari dunia luar sejak tahun 2006 kini sedang melalui musim luruh dalam keadaan dikelilingi lopakan air berikutan hujan lebat.

Mereka cuba mencari perlindungan daripada kesejukan dengan mendapatkan kehangatan dari unggun api di hadapan rumah yang dimusnahkan oleh tentera Zionis dalam serangan selama 51 hari peperangan Ashful Ma’kul. Ramai yang terpaksa tinggal kesejukan sepanjang hari di dalam atau hadapan rumah mereka yang musnah, sekalipun tidak lagi mempunyai tingkap atau pintu. Bila tiba waktu malam, mereka akan ke tempat penginapan sementara di sekolah atau rumah saudara-mara untuk tidur.

Penduduk Gaza bakal berhadapan dengan hari-hari yang lebih memeritkan apabila tiba musim sejuk nanti, yang lazimnya diiringi dengan limpahan air hujan dan tiupan angin sejuk.

InsyaAllah sepertimana musim sejuk pada akhir tahun 2013, HALUAN mengajak masyarakat Malaysia untuk bersedia membantu mereka dengan kehangatan persaudaraan dan bantuan keperluan. Sumbangan anda boleh disalurkan melalui

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

Semoga setiap doa dan bantuan kita mendapat balasan terbaik dari Allah SWT.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts