GAZA, 17 Mei 2018 — Gaza masih terkepung sejak 12 tahun lalu. Kemusnahan, kemiskinan dan penderitaan menjadi tema kehidupan harian lebih dua juta penduduknya.

Lebih menyedihkan, masyarakat dunia terus membiarkan rejim Zionis menzalimi penduduk Gaza. Dunia terus membisu apabila lebih 100 orang dibunuh sepanjang kempen Great March Return di sepanjang sempadan Gaza sejak 30 Mac lalu. Mereka yang cedera dihalang mendapat rawatan di luar Gaza, biarpun hospital-hospital tidak mempunyai ubat-ubatan atau pakar untuk merawat mangsa.

Malah kehadiran bulan mulia Ramadan tidak sekali-kali menghalang tentera Zionis untuk melancarkan serangan, siang dan malam.

Namun sikap dunia itu tidak menghalang mereka menyambut Ramadan dengan penuh pengharapan dan kesyukuran. Mereka sangat yakin, dengan izin Allah SWT, kebebasan dan kemenangan semakin hampir.

(MEMO)

SHARE