[Foto] Gaza Musnahkan Lima Tan Bom Yang Tidak Meletup

GAZA, 2 Sep 2014 (MEMO) — Bahagian kejuruteraan bahan letupan di Kementerian Dalam Negeri Gaza semalam memusnahkan sekitar lima tan bahan letupan yang dijatuhkan oleh tentera Zionis dalam serangan di bandar Rafah dan Khan Younis tetapi tidak meletup.

Menurut kenyataan pengarahnya, Imad Al-Amasi, di peringkat pertama operasi membersihkan Gaza daripada bom-bom tersebut, sekitar lima tan bahan berkenaan dikumpul dari berbagai kawasan penempatan awam dan dimusnahkan di sebuah kawasan terbuka di barat Khan Younis. Kerja-kerja pembersihan masih diteruskan di kawasan-kawasan lain di Gaza.

31 Ogos lalu seramai lima orang terkorban, termasuk dua jurutera bahan letupan dan dua petugas media, dan enam yang lain tercedera apabila bom yang dijatuhkan oleh tentera Zionis meletup di utara Gaza.

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts