[Foto] Hasil zaitun penduduk Gaza meningkat

GAZA, 11 Okt 2016 (MEMO) — Hujan lebat pada musim sejuk lalu dan peningkatan tanaman pohon zaitun meningkatkan lagi hasil petani di Gaza.

Sungguhpun tentera Zionis telah memusnahkan ribuan pohon zaitun di ‘zon keselamatan” berdekatan kawasan sempadan, di mana 95% daripada zon tersebut adalah kebun petani Gaza, pohon zaitun yang ditanam semula selepas serangan pada tahun 2014 telah mula mengeluarkan hasil.

Musim menuai zaitun di Gaza bermula pada 27 September lalu, dan akan berterusan sehingga awal Disember nanti.

Menurut seorang petani, Mohamed Qishta, 47, hasil zaitun pada kali ini jauh lebih banyak dari tahun lalu kerana hujan yang turun pada musim sejuk lalu dan usaha menanam semula selepas kerosakan dalam serangan pada tahun 2014.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts