[Foto] Isra’a akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan dalam serangan tentera udara Zionis

GAZA, 12 Mac 2016 (PIC) — Kanak-kanak Isra’a Abu Khousa, 6 tahun, akhirnya meninggal dunia petang tadi akibat kecederaan parah di bahagian kepala apabila tentera udara Zionis menyerang kawasan berdekatan rumah mereka pagi tadi, yang turut mengorbankan abangnya Yassin, 10 tahun.

Sebahagian daripada bangunan rumah mereka masih dalam keadaan runtuh dan rosak akibat serangan tentera Zionis pada tahun 2014.

Tentera udara Zionis menyerang beberapa lokasi di bandar Beit Lahiya di utara Gaza. Kanak-kanak tiga beradik dari keluarga Abu Khousa dilaporkan sedang tidur bersama ibu mereka ketika kejadian, di mana abangya Yassin meninggal dunia dalam serangan tersebut dan seorang lagi abangnya Ayub, 12 tahun, turut tercedera.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts