[Foto] Kehidupan Di Al-Khalil Di Bawah Penjajahan Zionis

AL-KHALIL, 8 Nov 2015 (AIC) — Setiap minggu aktivis Alternative Information Center (AIC) memaparkan foto kezaliman tentera penjajah Zionis terhadap penduduk Palestin, khususnya di Al-Khalil.

Melalui paparan ini, mereka cuba menonjolkan bahawa keamanan hanya akan lahir bilamana berakhirnya penjajahan ke atas bumi Palestin, semua gansa dan pelarian Palestin dibenarkan kembali ke kampung halaman mereka, dan penduduk Palestin diberikan hak mereka sepenuhnya.

Berikut adalah ringkasan peristiwa atau fakta menarik sepanjang minggu lalu.

Semburan air busuk
4 Nov 2014. Dalam kejadian pada dua pagi minggu lalu, tentera Zionis menyembur air kotor dan busuk ke atas jalan dan rumah milik Qitoun dan Tarek Bin Ziadah ketika kanak-kanak sedang berjalan ke sekolah. Tindakan tentera ini merupakan penindasan atau hukuman secara kolektif, sebagai tindak balas terhadap aksi kanak-kanak membaling batu ke arah sekatan tentera.

Anak kecil disoal siasat
2 Nov 2015. Kanak-kanak ini ditangkap dan diperiksa melalui sebuah alat pengesan logam di sekatan Qitoun di Al-Khalil, pada waktu sekolah. Tentera Zionis baharu selesai menyembur air busuk ke seluruh jalan dan kawasan di kejiranan Qitoun serta menembak gas pemedih mata ke kawasan tersebut. Syukur, kanak-kanak ini dibebaskan sejurus selepas itu. Air muka anak ini jelas menggambarkan bagaimana perasaan anak-anak Palestin berulang alik ke sekolah di Al-Khalil.

Pendatang Yahudi curi tanah
3 Nov 2015. Pagar kekal dibina di satu lagi kawasan tanah yang baru dirampas. Tentera Zionis mengimpal pagar ini, sekaligus merampas kawasan yang di dalamnya terletak sebuah masjid dan bilik air yang digunakan oleh peniaga untuk mengambil wudhu dan bersolat setiap hari. Kawasan ini terletak berdekatan penempatan Avraham Avinu. Rampasan terbaharu ini sekaligus meluaskan lagi kawasan penempatan haram itu.

Diserang ketika ke sekolah
4 Nov 2015. Tentera Zionis melempar gas pemedih mata ke arah pelajar sekolah Palestin. Ini adalah kejadian biasa yang berlaku setiap hari di Al-Khalil. Hampir separuh daripada keseluruhan pelajar Palestin harus melalui kawasan ini. Empat orang askar Zionis (hanya tiga di dalam foto) berlari dari sebuah lorong berhampiran sekatan Qitoun dan menyerang kanak-kanak yang sedang berjalan ke sekolah. Sebahagian kanak-kanak membaling batu ke arah sekatan tentera yang terpaksa mereka lalui setiap hari. Tiga grenad pelali dan lima balang gas pemedih mata ditembak ke arah kanak-kanak. Ramai pelajar yang tidak berjaya ke sekolah pada hari tersebut.

Menentang penjajahan
4 Nov 2015. Satu demonstrasi aman di Al-Khalil berubah menjadi sebuah pertempuran. Foto menunjukkan seorang pemuda Palestin membawa bendera Palestin dalam demonstrasi di Sekatan 56 di dataran Bab iz Zawiyeh di Al-Khalil.

Demonstrasi membantah tindakan Zionis menahan jenazah4 Nov 2015. Penduduk Al-Khalil berdemonstrasi membantah tindakan rejim menahan jenazah anak-anak mereka. Para demonstran, termasuk remaja serta kanak-kanak lelaki dan perempuan, membaling batu ke arah sekatan tentera yang memisahkan Jalan Shuhada dan Bab iz Zawiyeh. Mereka menutup muka untuk cuba mengelak daripada ditangkap atas kesalahan membaling batu, yang boleh dikenakan hukuman penjara selama bertahun-tahun.

Menuai zaitun
4 Nov 2015. Kejiranan Tel Rumeida di Al-Khalil tersohor dengan dusun zaitun yang sangat menarik, di mana pohon-pohon zaitun yang ditanam sejak berzaman dimiliki orang keluarga-keluarga Palestin di situ. Menuai zaitun merupakaan budaya dan cara hidup yang tidak boleh dipisahkan dari penduduk Palestin. Para aktivis juga berpeluang membantu penduduk menuai hasil zaitun mereka. Membimbangkan sekali, kejiranan Tel Rumeida kini diisytihar sebagai zon tentera, berikutan insiden pembunuhan dua orang penduduk Palestin minggu lalu. Pemilik kebun kini terpaksa mendaftar bagi memohon kebenaran untuk memasuki kebun mereka, tetapi sebahagian besar daripadanya masih tidak dapat mendaftar. Kini sebuah pengakalan tentera baharu di bina di situ. Foto ini diambil ketika sebuah drone pemerhati tentera Zionis sedang berlegar di udara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts