[Foto] Keluaran Strawberi Gaza Terkesan Oleh Serangan Zionis

GAZA, 19 Jan 2015 (MEMO) — Salah satu hasil pertanian yang terkenal di Gaza adalah strawberi. Ia merupakan sejenis tanaman yang boleh memberi pulangan yang besar tetapi memerlukan perhatian yang rapi. Buah strawberi Gaza diekspot samada secara segar mahupun dibekukan.

Menurut petani-petani Gaza, musim memetik strawberi bermula pada bulan Disember iaitu ketika buah-buah tersebut masak sepenuhnya. Beit Lahia di utara Gaza terkenal dengan tanaman dan hasil buah strawberi yang terbaik.

Anak pokok strawberi diimpot pada bulan May untuk ditanam di tapak-tapak semaian. Pokok-pokok ini kemudiannya dipindahkan ke plot tanaman tetap, lazimnya di dalam rumah-rumah hijau, pada bulan September. Kadang-kadang pokok ini ditanam di bawah hamparan plastik.

Pokok-pokok ini mempu mengeluarkan hasil sehingga empat tahun.

Tahun ini, para petani menghadapi masalah besar untuk mengusahakan tanaman mereka setelah mengalami kemusnahan yang dahsyat akibat serangan tentera Zionis yang baru lalu. Masalah ini menyebabkan mereka terpaksa menagguhkan kerja penanaman, sebahagian daripada tapak semaian musnah, sehingga menimbulkan masalah untuk mereka mengekspot hasil.

Penangguhan kerja penanaman strawberi ini menyebabkan tumbesaran pokok turut tertangguh, terutama ke atas tanaman kumpulan pertama yang dikhususkan untuk di ekspot ke Eropah yang kebetulan bertembung dengan musim cuti awal tahun baharu.

Jurutera pertanian di Kementerian Pertanian Palestin, Eid Siyam, berkata jumlah ekspot buah strawberi ke Eropah pada tahun ini adalah sebanyak 70 tan, iaitu kurang 40 peratus daripada kebiasaan. Mereka menjangkakan untuk mengespot tidak kurang daripada 200 menjelang akhir bulan ini, yang merupakan akhir musim mengekspot.

Gaza juga mengekspot 90 tan strawberi ke wilayah Tebing Barat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts