[Foto] Keluarga Palestin terpaksa berpindah apabila rumah rosak akibat kerja penggalian Yahudi

AL-QUDS , 10 Jan 2016 (IMEMC) — Kerja-kerja penggalian bawah tanah di kawasan kejiranan Wadi Hilweh di bandar Silwan, selatan Majid al-Aqsa, menyebabkan rumah sebuah keluarga Palestin rosak sehingga mereka terpaksa berpindah keluar kerana ianya tidak lagi selamat untuk didiami.

Menurut Um Mahmoud Siyam, keluarganya terpaksa memunggah keluar semua perabut dan barangan kerana rumahnya kini tidak selamat sama sekali, dengan keretakan yang semakin ketara di dinding dan juga lantai. “Kami tidur dalam keresahan, bangun juga dalam kebimbangan kalau rumah ini runtuh bila-bila masa sahaja,” kata beliau. “Hingga kami terpaksa putuskan bekalan elektrik, bimbangkan rumah ini akan terbakar.”

Kerja penggalian bawah tanah oleh rejim Zionis, di samping polisi meroboh rumah dan mengusir penduduk Palestin keluar dari bangunan komersial dan kediaman, merupakan sebahagian daripada usaha secara haram mereka untuk menempatkan pendatang Yahudi di kawasan tersebut dan seterusnya menguasai kota suci al-Quds.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts