[Foto] Kita Bergandingan Membantu Relawan Di Hospital An-Najar

RAFAH, 16 Ogos 2014 (BHP) — Syukur kepada ALlah, dengan izinnya kita dapat terus membantu saudara di Gaza. Alhamdulillah.

Di samping menyampaikan amanah masyarakat Malasyia dan Indonesia kepada mangsa serta keluarga yang tercedera, HALUAN dengan kerjasama Sahabat Al-Aqsho Indonesia dan As-Sarraa Foundation di Gaza juga dapat menghulur bantuan kewangan kepada para relawan yang bertungkus lumus, tanpa memikirkan kepentingan diri, membantu mereka yang memerlukan.

Mereka ini adalah para petugas di Hospital Abu Yusuf An-Najjar di Rafah. Hospital ini menjadi sasaran serangan tentera Zionis sejurus selepas hari raya, dan seluruh staff hospital terpaksa memindahkan pesakit keluar.

Sebagaimana yang kita maklum, para doktor, jururawat, operator mesin, krew ambulan di Gaza tidak mendapat bayaran gaji mereka sejak empat bulan lalu. Bilamana musibah serangan berlaku, mereka tetap komited menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat.

Selayaknya mereka ini dikategori orang yang bekerja sebagai relawan. Sesungguhnya mereka ini adalah sebahagian daripada wira-wira Gaza yang tidak pernah mengejar pangkat dan habuan dunia.

Kita juga telah membantu kos beberapa operasi perubatan merawat mereka yang tercedera.

Terima kasih kepada anda semua, semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan anda serta keluarga.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts