[Foto] Lampu kecemasan diagihkan kepada keluarga miskin di Gaza

GAZA, 17 Jun 2016 (BHP) — Krisis bekalan eletrik terus menghimpit penduduk Gaza yang menderita dikepung dari dunia luar sejak 10 tahun lalu.

Sebahagian penduduk Gaza mungkin bernasib baik mendapat bekalan elektrik pada pusingan setiap lapan jam, namun sebahagian yang lain terpaksa hidup tanpa elektrik selama 18 jam sehari. Ada juga yang tidak mendapat bekalan eletrik kerana tidak mampu membayar bil. Mereka tidak ada pilihan kecuali bergantung kepada api lilin.

Menurut statistik Pusat Has Asasi al-Mezan, seramai 29 kanak-kanak telah terkorban sejak 2010 akibat kebakaran yang berpunca daripada api lilin, samada terbakar hidup-hidup ataupun lemas dalam asap tebal.

Alhamdulillah dengan sumbangan rakyat Malaysia, HALUAN melalui kerjasama A-Sarraa Foundation cuba memberi mereka pilihan yang lebih selamat untuk menerangi rumah mereka di waktu malam dengan mengagihkan lampu kecemasan yang menggunakan kuasa bateri. Semoga dengan bantuan yang kecil ini mereka akan dapat berbuka puasa, bersahur dan belajar di waktu malam dalam keadaan yang lebih selamat.

HALUAN mengucapkan terima kasih di atas sumbangan anda, semoga semuanya akan mendapat rahmat dan kebaikan yang besar dari Allah SWT.

Sumbangan anda untuk membantu keluarga di Gaza boleh terus disalurkan ke

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts