[Foto] Mesin ‘Pengisar Sekatan’ Gaza

GAZA, 20 Okt 2014 (Middle East Eye) — Sejak berakhirnya serangan tentera Zionis ke atas penduduk Gaza pada tahun 2009, penduduk Palestin di Gaza membina sendiri mesin-mesin bagi menghancur dan mengisar batuan serta runtuhan bangunan yang musnah.

Mesin yang mereka cipta itu dipanggil ‘pengisar sekatan’, merujuk kepada sekatan zalim yang dikenakan oleh rejim Zionis dan sekutunya ke atas penduduk awam Gaza sejak tahun 2006 dengan menyekat keluar-masuk semua keperluan asas, termasuk bahan asas untuk pembinaan semula bangunan.

Proses yang dilakukan oleh mesin ini termasuklah mengasingkan besi daripada runtuhan dan kemudian meluruskan batang-batang besi tersebut untuk diguna semula. Manakala batuan yang dikisar hancur itu dibahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dijadikan sebagai batuan kecil yang akan digunakan untuk diadun dengan simen, manakala satu lagi untuk dibentuk menjadi bata.

Walaupun penduduk Gaza dapat membina pelbagai ciptaan bagi memenuhi keperluan hidup di bawah sekatan, kekurangan bahan binaan masih menjadi masalah besar di Gaza memandangkan kemusnahan besar yang telah dilakukan oleh tentera Zionis.

Semoga Allah membuka jalan keluar kepada penduduk Gaza daripada kejahatan Zionis dan mengcukupkan semua keperluan mereka. Kita doakan mereka seterusnya akan memimpin umat Islam membebaskan seluruh bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, insyaAllah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts