[FOTO] Musim menuai “emas kuning” di Gaza

GAZA, 15 Jan 2018 — Petani Mohammed al-Wahidi berjalan melintasi kebun milik keluarganya di selatan kota Gaza dan mula memetik sejenis buah sitrus delima yang merupakan hasil kacukan benih limau bali dan limau gedang.

Hasil tuaian kali ini sangat baik, di mana setiap pokok yang besar atau sederhana boleh mengeluarkan 70 hingga 100 kilogram buah, walaupun Kementerian Pertanian Palestin menjangkakan pengeluaran yang merosot kerana kekurangan tanah yang subur serta bekalan air yang kemasinan di Gaza.

Pengeluaran tahun ini masih tidak dapat menampung keperluan 40,000 tan pasaran Gaza, iaitu 27% lebih banyak daripada hasil yang ada.

Palestin merupakan pengeluar sitrus terbesar di kalangan negara Arab. Sitrus dituai dari bulan November hingga April. Setiap kilogram sitrus boleh memberi pulangan purata US$1 di pasaran tempatan.

Di Gaza, buah-buah sitrus yang ditanam termasuklah limau bali, gedang, tangerin, mandarin dan beberapa jenis oren termasuk jenis Valencia dan Jaffa.

Oleh kerana khasiat kesihatan yang tinggi dan kaya dengan vitamin C, petani Gaza menggelar hasil sitrus ini sebagai “emas kuning”.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts