GAZA, 3 Dis 2018 — Petani Gaza kini mula menuai buah strawberi untuk diekspot ke Tebing Barat.

Beberapa tahun kebelakangan, tuaian strawberi Gaza menurun akibat penutupan pintu sempadan dan penangguhan ekspot yang berterusan, di samping kos menanam yang tinggi. Kos menanam satu hektar strawberi adalah US$2,500.

Ekspot strawberi ke Tebing dilihat sebagai satu langkah untuk mengurangkan kerugian kepada petani Gaza, sungguhpun agak berisiko. Dari Tebing Barat, mereka akan cuba mengekspotnya ke Eropah.

Tahun lalu, Rusia buat pertama kali mengimpot strawberi dari Gaza.

(MEMO)

SHARE