[Foto] Pendatang Yahudi ceroboh al-Aqsa, pekerja masjid dilarang masuk

AL-QUDS, 10 Ogos 2016 (Maan) — Lebih 100 pendatang Yahudi dan 13 pegawai antikuiti Zionis yang dikawal oleh pasukan polis menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu Moroko dalam beberapa kumpulan berbeza pagi tadi. Sementara pekerja senggaraan masjid dilarang masuk.

Para pendatang berarak meninjau kawasan masjid suci itu sambil membuat provokasi dengan melakukan ritual agama mereka dan mengherdik para pengawal masjid, “kamu berada di sini untuk sementara sahaja. Tempat ini adalah hak kami.”

Pada masa yang sama pasukan keselamatan Zionis mengarahkan supaya kerja-kerja penyelenggaraan dihentikan, atas alasan tidak mendapat permit pembinaan. Peliknya, tiga orang Yahudi dilihat membawa peralatan pembinaan ke perkarangan masjid.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts