[Foto] Petani Gaza hasilkan “emas merah” secara kreatif

GAZA, 21 Feb 2018 — Di pagi yang cerah, pancaran matahari menjadikan buah-buah strawberi nampak berkilauan, tergantung di atas tanah menunggu untuk dipetik oleh para petani.

Petani Abu Ahmed Abu Saud memulakan hari beliau dengan memetik buah-buah strawberi yang digelar “emas merah” di salah satu kebunnya di Khan Younis, selatan Gaza. Kawasan yang terkenal dengan pengeluaran pertanian berkualiti tinggi itu pernah menjadi penempatan koloni Yahudi sehingga tahun 2005.

Menurut jurutera pertanian Dina Shaath yang mengawasi projek penanaman di rumah hijau tersebut, penanaman strawberi secara tergantung berjaya mengeluarkan hasil sebanyak tiga kali ganda berbanding cara tradisional yang menanam di atas tanah. Dengan bekalan air yang sangat sukar dan keluasan tanan yang terhad di Gaza, kaedah ini berjaya menghasilkan buah yang berkualiti tinggi dan bebas daripada pencemaran racun dan baja.

Dengan kaedah kreatif ini juga, tanah seluas 0.1 hektar dapat ditanam dengan 20,000 pokok, berbanding 9,000 pokok yang ditanam secara tradisional. Dengan itu, kebun seluas 0.1 hektar boleh menghasilkan 10 tan buah strawberi.

Walaupun para petani terpaksa mengeluarkan belanja dari $US6,000 hingga $US8,000 untuk membeli peralatan, ia tetap menjadi pilihan yang lebih ekonomi kepada para petani.

Projek ini mendapat biayaan dana dari Dutch Global Gal Organization. Kini terdapat sebanyak 12 kebun seperti itu di beberapa daerah di Gaza.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts