[Foto] Penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran ketika tentera meroboh rumah di Umm al-Hiran

GURUN NAQAB, 18 Jan 2017 (IMEMC) — Penduduk Palestin Yacoub Mousa Abu al-Qee’an, 47, dibunuh oleh pasukan polis Zionis apabila beliau dituduh sengaja merempuh seorang pegawai tentera Zionis yang sedang mengawal pasukan tentera merobohkan rumah dan struktur binaan di perkampungan Umm al-Hiran di Beersheba, Gurun Naqab, pagi tadi.

Kenyataan saksi begaimanapun menyebut bahawa pihak tentera melepaskan beberapa tembakan sebelum Yacoub, seorang guru Matematik, mula memandu lari dari kawasan tersebut tetapi beliau tidak dapat mengawal keretanya sehingga terbabas menuruni bukit dan terlanggar dua orang pegawai tentera. Keretanya terhenti hanya selepas terlanggar sebuah kereta lain. Pegawai polis Zionis Erez Levy, 37, mati dalam insiden tersebut sebelum Yacoub Mousa ditembak.

Insiden tersebut mencetus pertempuran di antara tentera Zionis dan penduduk, di mana beberapa orang termasuk Ahli Parlimen Ayman Odeh cedera ditembak dengan peluru getah di bahagian kepala dan belakangnya.

Tentera Zionis meningkatkan kerja meroboh rumah penduduk Palestin sebagai menyahut desakan pendatang Yahudi membalas dendam ke atas arahan mahkamah supaya pos penempatan haram Amona dikosongkan.

Umm al-Hiran merupakan salah satu daripada 35 perkamungan Badwi di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Pihak rejim merancang untuk membina sebuah bandar baharu khusus untuk pendatang Yahudi di kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts