[Foto] Penduduk Shujaiyah Berhadapan Dengan Musim Sejuk Di Celah Runtuhan

GAZA, 19 Nov 2014 (MEMO) — Kehidupan di Shujaiyah masih sangat mencabar. Tidak banyak yang berubah sejak berakhirnya serangan brutal tentera Zionis ke atas penduduk awam Gaza hampir tiga bulan lalu.

Penduduk di sini masih terpaksa tinggal di celah-celah rumah yang runtuh dan dikelilingi timbunan batu runtuhan. Tidak kurang yang terpaksa berteduh di dalam kemah yang bocor dan tidak berdinding.

Seolah-olah tidak ada apa yang dapat menyelamatkan mereka daripada ancaman cuaca hujan dan musim sejuk yang sudah mula tiba.

Tidak ada pembinaan semula seperti yang dijanjikan oleh dunia luar, kerana mainan politik dan tindakan rejim Zionis dan sekutunya masih menghadkan kemasukan bahan binaan ke Gaza, sungguhpun perkara ini merupakan salah satu syarat utama persetujuan gencatan senjata.

Siapakah yang akan membantu mereka?

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts