[Foto] Permaidani Masjid Imam Shahid Hasan Al-Banna Siap Dipasang

KHAN YOUNIS, 23 Feb 2015 (BHP) — Sumbangan dermawan Malaysia terus disalurkan untuk menampung keperluan penduduk dan pelarian Palestin yang semakin dicengkam krisis kemanusiaan, samada di Gaza, Tebing Barat, Syria mahupun Lubnan.

Alhamdulillah, HALUAN melalui kerjasama Al-Sarra Foundation, sebuah NGO yang aktif beroperasi di Gaza, dan Sahabat Al-Aqsha, sebuah NGO Indonesia, berganding bahu menyiapkan projek menggantikan permaidani Masjid Imam Shahid Hasan Al-Banna di sini. Hasil sumbangan ikhlas anda, masyarakat sekitar kini mempunyai sebuah masjid yang kondusif bagi tujuan beribadah, bersosial dan memenuhi keperluan aktiviti pendidikan.

Masjid Imam Shahid Hasan Al-Banna pernah menjadi sasaran serangan tentera Zionis sebelum ini. Masjid yang terletak tidak jauh dari kawasan sempadan itu asalnya dirancang sebagai sebuah sekolah agama setinggi lima tingkat, tetapi teerpaksa dibatalkan kerana kesuntukan dana.

Menurut kenyataan Ketua Biro HALUAN Palestin, Dr Mohd Arba’ai Shawal, penduduk Gaza masih sangat memerlukan bantuan jangka panjang secara terancang, terutama pembinaan infrastruktur awam dalam sektor perumahan, perubatan dan pendidikan. “Buat masa ini kita amat berharap kepada komitmen berterusan masyarakat Malaysia untuk meneruskan pembinaan sebuah sekolah syariah berdekatan kem pelarian Deir Balah. Begitu juga dengan projek pembinaan hospital pakar bedah dan rawatan saraf di Rafah,” jelas Dr Mohd Arba’ai.

HALUAN juga bekerjasama membekalkan peralatan bagi rawatan barah kepada Pusat Rawatan Barah al-Huda di Tal al-Islam di Bandar Gaza. Dana yang berterusan sangat diperlukan untuk menampung kos operasi dan keperluan ubatan serta peralatan rawatan.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts