[Foto] Petani anggur di al-Khalil berhadapan dengan ancaman perluasan penempatan haram Yahudi

AL-KHALIL, 19 Okt 2016 (EI) — Wilayah Al-Khalil di selatan Tebing Barat terkenal dengan pengeluaran buah anggur.

Keluarga al-Natsheh yang tinggal di kota al-Khalil mula menanam anggur pada tahun 1950-an, dua dekad selepas Daoud Salam al-Natsheh membeli tanah seluas empat hektar pada tahun 1932.

Anaknya Abd al-Aziz, 60, yang mewarisi tanah tersebut menyaksikan bagaimana tentera Zionis membina sebuah berek berdekatan ladang tersebut pada tahun 1968, dan seterusnya membina kawasan penempatan haram Kiryat Arba yang semakin luas dan mengepung ladangnya itu.

Sehingga kini ladang itu masih selamat dari serangan pendatang Yahudi, namun kawasan penempatan haram itu semakin meluas mendekati tanahnya. Selain itu tanah tersebut boleh dirampas oleh tentera, terutama sekali jika ianya tidak diusahakan.

Bukan mudah untuk keluarga al-Natsheh menjual tuaian anggurnya, kerana terpaksa bersaing dengan bekalan dan harga anggur Yahudi yang dijual dalam pasaran penduduk Palestin.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts