[Foto] Ramadhan Bersama Huffaz di Kuantan

KUANTAN, 1 Julai 2014 — Program Ramadhan 1435H Bersama Huffaz Palestin, Syria dan Kemboja yang dianjurkan oleh HALUAN dengan sokongan pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) kini berjalan di seluruh negara.

Semalam, Imam Sheikh Bassam Ashmar telah berada di Masjid Baru PPD Sg. Soi di sini. Beliau yang merupakan seorang imam di Masjid Iman di Damaskus telah mengimamkan solat terawih dan menyampaikan maklumat perkembangan umat Islam di Syria.

Tahniah dan terima kasih kepada para jamaah yang telah menyumbangkan sejumlah RM5,500 untuk saudara mereka di Syria. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga dengan kesihatan dan rezki yang lebih baik lagi berkat.

HALUAN menjalankan beberapa projek bantuan kecemasan untuk umat Islam di Syria, antaranya mendirikan klinik kesihatan untuk pelarian di sempadan Jordan, membekal keperluan asas seperti makanan, pakaian dan susu bayi, dan juga menaja anak-anak yatim pelarian Palestin dan Syria di Lubnan.

Orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah melakukannya melalui akaun-akaun berikut:

1. Bantuan Untuk Rakyat Palestin (termasuk pelarian di Syria dan Lubnan):

Tabung Palestin HALUAN
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-0034292
Maybank Berhad : 5644-9020-8528

2. Bantuan Untuk rakyat Syria,Kemboja dan wilayah-wilayah lain:

Tabung Kemanusiaan dan Kebajikan HALUAN
Maybank Berhad : 5622-6350-2611

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts