[Foto] Ribut musim sejuk dan salji landa Palestin

TEBING BARAT, 27 Jan 2016 (MEMO) — Sekolah di semua wilayah Palestin terpaksa ditutup apabila bumi terjajah itu dilanda ribut dan hujan lebat musim sejuk selama tiga hari berturut-turut. Suhu turun kepada sekitar paras beku sejak Isnin lalu.

Sekolah-sekolah di Tebing Barat ditutup sejak hujung minggu lalu kerana tidak dapat menyediakan alat pemanas. Manakala beberapa kawasan di Gaza dinaiki air banjir dan juga dilanda angin kencang.

Salji mula turun di kawasan tinggi di Tebing Barat pada hari Isnin, di mana cuaca sejuk masih berterusan dengan hujan yang turun terputus-putus. Lewat semalam, salji tebal turun di kawasan al-Quds, al-Khalil dan juga Ramallah.

Hospital dan pihak perbandaran di suluruh wilayah Palestin kini berada dalam keadaan bersiap siaga untuk berhadapan dengan cuaca sejuk dan salji, sepertimana yang melanda sejak dua musim sejuk lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts