[Foto] Sekatan Semakin Ketat Ke Atas Al-Aqsa

AL-QUDS, 16 Okt 2014 (MEMO) — Pasukan bersenjata Zionis semakin mengetatkan sekatan ke atas kawasan Masjid al-Aqsa dan sekitarnya.

Sepanjang tempoh seminggu perayaan Kukkot yang berakhir petang semalam, ratusan puak Yahudi berhaluan kanan menceroboh masuk ke perkarangan masjid, menyebabkan berlakunya beberapa pertempuran dengan para jemaah.

Menurut kenyataan Kementerian Penerangan Palestin, serangan ke atas para jemaah semakin meningkat sejak enam bulan lalu apabila rejim Zionis menghalau keluar 300 pemuda Palestin dari kawasan masjid dan kemudian memberi lalui kepada pendatang Yahudi masuk.

Al-Aqsa yang terletak di tengah Kota Lama al-Quds merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Kaum Yahyudi bagaimanapun menibulkan ketegangan dengan mendakwa bahawa masjid tersebut dibina di atas tapak asal kuil mereka. Beberapa orang Rabbi, termasuk Yitzhak Yosef iaitu ketua Rabbi rejim Zionis sendiri, percaya bahawa usaha puak Yahudi memasuki kawasan al-Aqsa adalah bertentangan dengan undang-undang agama mereka.

Pata tahun 2006 bekas Perdana Menteri Zionis, Ariel Sharon, mencetuskan Intifadah Kedua apabila beliau memasuki Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts