[Foto] Sekatan tambahan baharu di al-Khalil semakin menyiksakan penduduk Palestin

AL-KHALIL, 6 Jan 2016 (ISM) — Akhir Disember lalu tentera penjajah Zionis membuka semula sekatan Shuhada yang baharu “dibaik pulih” di al-Khalil. Sekatan tersebut ditutup sejak 7 Disember untuk tujuan baik pulih bagi satu tempoh yang tidak dijelaskan.

Sekatan Shuhada yang dikenali secara rasmi sebagai Checkpoint 56 itu memisahkan kejiranan Palestin di Bab al-Zawiye di kawasan H1, iaitu kawasan yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin, dari wilayah Tel Rumeida di kawasan H2, iaitu kawasan yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

Sekatan itu dibina semula dengan pagar tinggi yang menghalang keseluruhan jalan, dengan tambahan pintu berputar (turnstile) dan alat pengesan logam. Pintu berputar baharu jelas menyukarkan penduduk Palestin yang membawa barang berat atau bersaiz besar, bahkan menyulitkan mereka yang membawa beberapa beg barangan dapur untuk melepasinya.

Sebuah bilik yang membina sebuah bilik yang tertutup sepenuhnya di tengah sekatan tersebut, untuk dijadikan tempat interogasi dan memeriksa yang tidak dapat dilihat sama sekali oleh orang lain atau media.

Tidak ada langsung laluan untuk kenderaan, bahkan juga untuk ambulan.

Penduduk Palestin kadang kala perlu menunggu sehingga lebih satu jam di luar pintu sekatan, tidak kira dalam cuaca apa sekalipun, untuk diberi kebenaran melintasi jarak hanya beberapa meter melibatkan halangan pintu berputar, pengesan logam, pagar dan tembok, sebelum tiba di laluan untuk pulang ke rumah mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts