[Foto] Selepas dilanda kabus dan ombak besar, nelayan Gaza menangkap hasil sardin

GAZA, 23 Jan 2018 — Beberapa hari selepas dilanda hujan batu, kabus dan ombak besar yang menghalang mereka turun ke laut, nelayan Gaza berhasil menangkap ikan sardin dalam jumlah yang besar.

Ikan sardin berpindah ke perairan Palestin sepanjang bulan Januari setiap tahun. Keadaan ombak besar menyebabkan ikan-ikan tersebut bergerak lebih dekat ke kawasan pantai Gaza.

Setiap bot nelayan dapat membawa pulang antara 70kg hingga 200kg ikan sardin. Harga purata ikan sardin adalah $US4 setiap kilogram, mampu dibeli oleh keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts