[Foto] Sumbangan anda diagihkan untuk keluarga Gaza yang terkepung

BANDAR BARU BANGI, 4 Mei 2016 (BHP) — Penduduk Gaza dikepung dari dunia luar sejak 10 tahun lalu dan dibiarkan hidup dalam penuh penderitaan dan kekurangan selepas serangan demi serangan oleh tentera Zionis.

Kadar pengangguran di Gaza kini mencecah 60%, di mana lebih 70% penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk mendapatkan barangan keperluan asas keluarga.

Syukur kepada Allah Yang Maha Pemurah, sebahagian daripada sumbangan masyarakat prihatin Malaysia telah berjaya diagihkan kepada 65 keluarga miskin di Rafah, selatan Gaza. Sumbangan berbentuk pek bekalan makanan itu merupakan projek bermusim HALUAN yang dilaksanakan melalui kerjasama NGO Al-Sarraa Foundation yang aktif beroperasi di Gaza.

Sungguhpun bantuan tersebut amat kecil berbanding dengan keperluan mereka, ianya telah dapat sedikit sebanyak mengubat kesengsaraan para ibu dan anak-anak Gaza, bahawa masih ada saudara mereka dari jauh yang prihatin dan tidak jemu berusaha membantu.

HALUAN akan meneruskan program agihan keperluan asas dalam bentuk pek makanan, ubat-ubatan dan pakaian terutama di sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.

Orang ramai yang ingin turut membantu bolehlah menyalurkan bantuan melalui

Tabung Palestin HALUAN
Maybank Berhad : 5644-9020-8528
Bank Islam Malaysia Berhad : 14-023-01-003429-2

Semoga Allah SWT merahmati usaha anda serta membalas sumbangan anda dengan pahala dan rezeki yang terbaik.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts