[Foto] Tentera Zionis Serang Kampus Universiti Di Abu Dis

AL-QUDS, 2 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis menembak dan mencederakan 21 siswazah di kampus Universiti Terbuka Al-Quds di Abu Dis yang menyertai demonstrasi memperingati 40 hari pembunuhan rakan mereka, Dia Talahmeh.

Menurut kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin lebih 40 orang lain tercedera akibat serangan gas pemedih mata.

Tentera menceroboh masuk kawasan kampus dan melepaskan tambakan gas pemedih mata ke dalam bangunan universiti, merosakkan bangunan dan menjadikan keadaan seperti “medan peperangan”.

Dia Talahmeh dibunuh pada 21 September lalu berdekatan perkampungan Khursa di selatan Tebing Barat. Tentera Zionis mendakwa beliau cuba membaling bahan letupan, tetapi bahan tersebut meletup sebelum sempat dibaling dan menyebabkan beliau terbunuh. Namun pihak keselamatan Palestin berkata mangsa telah ditembak oleh tentera Zionis. Terdapat kesan tembakan di bahagian kepala beliau sungguhpun proses bedah siasat tidak dijalankan.

Sejak pembunuhan Dia Talahmeh, beberapa orang lagi siswazah Universiti Terbuka Al-Quds ditembak mati, termasuklah Muhannad Halabi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts