[Foto] Terkini : Zionis Bunuh 24 Penduduk Gaza

GAZA, 9 Julai 2014 (IMEMC) — 24 orang telah terkorban dan lebih 200 lagi tercedera, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua, dalam gelombang serangan terkini tentera Zionis ke atas Gaza.

Dalam kejadian serangan di Beit Hanoun di utara Gaza, sebuah rumah telah menjadi sasaran serangan bom, menyebabkan pemiliknya Hafeth Hamad, 30 tahun, serta lima ahli keluarga terbunuh iaitu Ibrahim Mohammad Hamad, 26 tahun, Mahdi Mohammad Hamad, 46 taun, Fawziyya Khalil Hamad, 62 tahun, Donia Mahdi Hamad, 16 tahun, dan Suha Hamad, 25 tahun.

Terdahulu, seorang penduduk di kawasan Shweika di Rafah, Abdul-Hadi Soufi, 24 tahun, telah terkorban dalam serangan di daerah selatan Gaza itu. Seorang lagi mengalami kecederaan berat dalam serangan tersebut.

Dalam rentetan serangan ke atas rumah penduduk awam, sebuah rumah milik keluarga Abu Mansour dan sebuah lagi milik keluarga as-Sinwar telah menjadi sasaran di Khan Younis. Zionis turut menyerang rumah milik Raed al-‘Attar di Rafah. Manakala dalam serangan ke atas rumah keluarga ‘Aqel di kem pelarian Nusseirat di tengah Gaza, dua orang penduduk tercedera.

Serangan peluru berpandu Zionis juga menyasarkan Hospital Gaza-Eropah, menyebabkan ramai yang tercedera dan banyak kerosakan harta. Turut menjadi sasaran adalah pondok Polis Laut Palestin berdekatan Pelabuhan Gaza, menyebabkan kerosakan teruk tetapi tidak ada kecederaan dilaporkan.

Dalam tempoh 24 jam pertama serangan, tentera Zionis telah membunuh seramai 24 orang penduduk Gaza dan mencederakan 152 orang yang lain.

Berikut adalah senarai korban setakat jam 4:30 pagi, 9 Julai waktu tempatan:
1. Mohammad Sha’ban, 24 tahun, Gaza.
2. Amjad Sha’ban, 30 tahun, Gaza.
3. Khader al-Basheeleqety, 45 tahun, Gaza.
4. Rashad Yassin, 27 tahun, Nusseirat.
5. Mohammad Ayman ‘Ashour, 15 tahun, Khan Younis.
6. Riyadh Mohammad Kaware’, 50 tahun, Khan Younis.
7. Bakr Mohammad Joudeh, 50 tahun, Khan Younis.
8. Ammar Mohammad Joudeh, 26 tahun, Khan Younis.
9. Hussein Yousef Kaware’, 13 tahun, Khan Younis.
10. Bassem Salem Kaware’, 10 tahun, Khan Younis.
11. Mohammad Ibrahim Kaware’, 50 tahun, Khan Younis.
12. Mohammad Habib, 22 tahun, Gaza.
13. Mousa Habib, 16 tahun, Gaza.
14. Saqr ‘Aayesh al-‘Ajjoury, 22 tahun, Jabalia.
15. Ahmad Nael Mahdi, 16 tahun, Gaza.
16. Hafeth Mohammad Hamad, 26 tahun, Beit Hanoun.
17. Ibrahim Mohammad Hamad, 26 tahun, Beit Hanoun.
18. Mahdi Mohammad Hamad, 46 tahun, Beit Hanoun.
19. Fawziyya Khalil Hamad, 62 tahun, Beit Hanoun.
20. Donia Mahdi Hamad, 16 tahun, Beit Hanoun.
21. Soha Hamad, 25 tahun, Beit Hanoun.
22. Suleiman Salam Abu Sawaween, 22 tahun, Khan Younis.
23. Siraj Eyad Abdul-‘Aal, 8 tahun, Khan Younis.
24. Abdul-Hadi Soufi, 24 tahun, Rafah.

Semoga Allah merahmati semua roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan para syuhada’ dan solihin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts