[Foto] Zionis Ceroboh Masuk Al-Aqsa, Serang Jemaah Masjid

AL-QUDS, 28 Sep 2015 (PIC) — Buat pertama kali sejak menjajah Masjid Al-Aqsa pada tahun 1967, tentera Zionis membawa masuk penghalang besi sementara ketika menceroboh masuk ke dalam Musolla Al-Qibli di selatan perkarangan masjid ketiga paling suci bagi seluruh umat Islam itu.

Sekitar 200 orang dari pasukan tentera Zionis menceroboh masuk sebelum jam 7:00 pagi melalui Pintu Al-Magharibah dan melepaskan tembakan peluru getah, bom pelali (stun grenade) dan gas pemedih mata dengan sengitnya, serta memanjat naik ke bumbung musolla. Dari atas bumbung, mereka melepaskan tembakan ke arah para jamaah yang sedang beriktikaf di dalam musolla. 15 orang penembak tepat turut bersedia di atas bumbung.

Serangan menyebabkan kebakaran berlaku di pintu masuk utama, tetapi petugas Jabatan Wakaf berjaya membantu memadam sebelum ia merebak.

Menurut saksi, tentera Zionis menggunakan alat penggali terowong untuk memecahkan tingkap Musolla Al-Qibli, di mana ramai penembak tepat tentera Zionis bersedia.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mennyebut bahawa seramai 22 orang tercedera. Kebanyakannya dirawat di sebuah klinik di perkarangan masjid, manakana tiga orang terpaksa dikejarkan ke hospital.

Di perkarangan masjid, pasukan Zionis memukul kaum wanita dan memaksa mereka keluar dari pagar masjid.

Sejak awal pagi pasukan polis Zionis telah memasang sekatan dan halangan besi yang dipasang di sekitar pintu masuk utama Masjid Al-Aqsa, di mana mereka yang berumur di bawah 50 tahun tidak dibenarkan masuk untuk bersdolat. Setelah jam 7:30 pagi, semua penduduk Palestin dihalang masuk sama sekali.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts