[Foto] Zionis Rancang Rampas 400 Hektar Tanah Palestin

TEBING BARAT, 28 Sept 2014 (Alray) — Penduduk di perkampungan Wadi Fukin menerima notis supaya mengosongkan tanah mereka seluas 400 hektar. Tindakan rejim Zionis ini merupakan satu perancangan untuk merampas tanah Palestin yang terbesar sejak 30 tahun lalu.

Perkampungan Wadi Fukin terletak di barat Bethelehem di sepanjang Green Line. Tiga sisi kampung ini dikelilingi oleh penempatan haram Yahudi yang semakin berkembang luas.

Penduduk Palestin di sini bukan sahaja diarahkan meninggalkan tanah mereka, bahkan kebun-kebun zaitun mereka juga telah dimusnahkan. Namun mereka tetap enggan mematuhi arahan jahat rejim Zionis itu dan bersedia untuk berhadapan dengan perjuangan panjang mempertahankan tanahair mereka.

Wadi Fukin terletak di sepanjang Green Line dan dikelilingi penempatan Yahudi.
Surat rasmi kepada penduduk kampung yang mengumumkan bahawa tanah mereka kini menjadi “tanah negara.” Surat berkenaan ditulis dalam bahasa Hebrew dan Arab, dan ditampal di setiap papan tanda yang diletakkan di kawasan tersebut. Petani Palestin ini diberi tempoh selama 45 hari untuk membuat rayuan.
Di setiap tempat di atas tanah yang mereka idamkan ini, tentera Zionis meletak papan tanda “tanah negara” bewarna kuning.
wadi-04
Pemilik tanah telah menanggalkan sebahagian besar daripada papantanda ini.
Ketua kampung, Ahmad Sokar (tengah) dan pembantunya menziarahi Ibrahim (kanan) di atas tanah yang bakal menjadi milik Zionis.
Mohamed, 7 tahun, mencium tanah bapanya di mana mereka telah menanam pokok-pokok zaitun enam bulan lalu. Tentera Zionis telah mencabut semua tanaman tersebut. Bapa Mohamed, Mustafa, turut menerima bil sebanyak 168 shekels (RM150) sebagai tuntutan bayaran bagi kerja-kerja mencabut pokok tersebut.
Mohamed dan bapanya Mustafa di atas tanah milik mereka. Zionis merosakkan semua pokok zaitun mereka, tetapi mereka masih dapat berkongsi kasih-sayang di atas tanah ini.
Mohamad bermain berdekatan sekolahnya. Kawasan ini sering menjadi serangan gas pemedih mata.
Ezzat el-Hroub mendapat berita melalui satu kenyataan media tentang 10 ekar tanahnya akan dirampas oleh Zionis. Pada tahun 1980, Zionis merampas 5 ekar tananhya dan meletupkan rumahnya atas alasan “kegiatan keganasan.” Zionis kemudiannya mengaku tindakan itu sebagai “satu kesilapan.”
Kanak-kanak bermain di taman. Kawasan ini juga akan dimusnahkan kerana termasuk di dalam kawasan tanah yang akan dirampas.
Pada tahun 1948, Zionis merampas separuh daripada tanah milik Hasan, 82 tahun. Beliau kini terpaksa tinggal di dalam sebuah gua bersama isterinya. “Tidak cukup dengan merampas tanah kami, mereka juga kini mahukan gua kami, mereka mahu rampas semua benda. Tapi ini adalah kehidupan kami,” kata beliau. Zionis ingin merampas semua yang ada di atas tanah tinggi ini, termasuk gua tersebut, untuk membina penempatan baharu Yahudi.
Penempatan Yahudi ini terletak di kawasan tinggi berdekatan Wadi Fukin. Pendatang Yahudi membuang air kumbahan di kawasan tanah pertanian penduduk Palestin, sekaligus merosakkan tanaman dan sumber air.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts