[Foto] Zionis roboh bangunan komersial dan kediaman di Silwan dan Beit Safafa

AL-QUDS, 7 Jan 2016 (Silwanic) — Pihak perbandaran Zionis merobohkan bangunan komersial dan kediaman di perkampungan Silwan dan Beit Safafa.

Sebuah bangunan apartmen seluas 130 meter persegi yang sedang dalam pembinaan milik Nadia Abu Diab yang terletak di kejiranan Ein al-Lozeh di Silwan diroboh tanpa sebarang amaran awal. Bangunan itu mula dibina September lalu, di mana Nadia telah pun membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran pembinaan.

Sementara itu sebuah lagi bangunan kediaman yang sedang dalam pembinaan milik keluarga Diab di kejiranan Kar al-Sheikh di Silwan juga dirobohkan.

Di perkampungan Beit Safaaf di selatan al-Quds pula, sebahagian daripada bangunan Restoran Mediterranean dirobohkan. Pemilik restoran, Emad Burqan, menjelaskan bangunan tambahan seluas 144 meter persegi yang dirobohkan itu mula dibina tiga bulan lalu, melibatkan kos pembinaan sebanyak 400,000 shekel (RM450,000).

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts