[Foto] Zionis Serang Al-Aqsa, 10 Tercedera

aqsa-01AL-QUDS, 26 Julai 2015 (PNN | Maan) — Sekurang-kurangnya 10 ahli jemaah Masjid Al-Aqsa tercedera apabila pelampau Yahudi dan pasukan polis Zionis menceroboh masuk, menyerang dan merosakkan Masjid Al-Aqsa.

Pasukan polis menceroboh masuk di awal pagi, merosakkan masjid serta melepaskan tembakan grenad dan peluru getah ke arah para jemaah di samping menyerang pemuda Palestin, bagi memberi laluan kepada pelampau Yahudi masuk. Lebih 250 Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan masjid melalui Pintu Al-Magharba. Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, turut menceroboh masuk secara provokatif.

Seawal waktu Subuh, pasukan keselamatan Zionis menutup semua pintu masjid bagi menghalang warga Palestin masuk. Mereka membina sekatan jalan di semua pintu masuk masjid, menghalang lelaki Palestin yang berumur di bawah 50 tahun daripada memasukinya. Manakala lelaki senior dan wanita yang mendapat kebenaran untuk masuk ke masjid diwajibkan meninggalkan kad pengenalan mereka. Namun selepas jam 6:30 pagi, semua warga Palestin dilarang masuk.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts