Ringkasan

Freedom Flotilla II Akan Belayar Ke Gaza

Mavi_MarmaraANKARA, 26 Jul 2014 (PIC | MEMO | IHH) — Freedom Flotilla II akan belayar ke Gaza dengan membawa ribuan tan bantuan kemanusiaan dan memecah sekatan yang masih diteruskan oleh rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.

Ketua Turkish Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarian Relief (IHH), Bulent Yildirim, mengumumkan mereka sedang mengkaji semua aspek perundangan bagi merancang konvoi laut tersebut di mana beberapa pertubuhan antarabangsa lain akan turut serta.

Menurut Yildirim, konvoi tersebut akan digerakkan di bawah perlindungan tentera Turki. “Kami telah menghantar permohonan kepada kerajaan Turki untuk menyediakannya (perlindungan), kerana sebagai rakyat Turki, kami perlukan perlindungan (tentera Turki.)”

Pada 31 May 2010, Freedom Flotilla I yang dipimpin oleh IHH telah diserang di laut antarabangsa ketika dalam pelayaran menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. 9 orang warga Turki dan seorang warga Amerika telah dibunuh oleh komando laut Zionis dalam serangan tersebut.

Lima relawan HALUAN turut bersama konvoi Freedom Flotilla I dengan menaiki kapal MV Mavi Marmara, di mana semua penumpang telah diculik dan ditahan di penjara Beersheba.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts