Gaza catat kadar pengangguran tertinggi di dunia

GAZA, 9 Ogos 2016 (MEMO) — Kenyataan agensi UNRWA semalam mendedahkan bahawa keadaan sosial dan ekonomi penduduk Gaza semakin mencengkam apabila kadar pengangguran di wilayah terkepung itu mencapai 43%, iaitu paling tinggi di dunia.

Kadar pengangguran di Gaza mencecah 41.2% bagi lelaki dan 62.6% bagi wanita. 60% pemuda Gaza tidak mempunyai pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, 80% penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan dari pertubuhan kebajikan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts