Gaza hadapi masalah bekalan air yang meruncing

GAZA, 14 Mei 2017 (PIC) — Pihak berkuasa sumber air dan semulajadi di Gaza hari ini mengeluarkan amaran tentang kekurangan bekalan air minum yang meruncing akibat bekalan elektrik yang sering terputus.

Timbalan Ketua pihak bekalan air di Gaza, Mazen al-Banna, dalam sidang medianya menyebut bahawa selain daripada kekurangan bekalan, sumber bekalan air bawah tanah tidak lagi boleh diminum kerana pencemaran.

Sekatan ke atas Gaza dan kekurangan dana menghalang projek pembinaan loji rawatan kumbahan dan loji pengulingan air laut. Lebih 90% sumber bekalan air penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza dikawal oleh rejim Zionis, di mana pendatang haram Yahudi dibekalkan air sebanyak tujuh kali ganda berbanding penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts