Gaza isythar perintah berkurung selepas kes pertama di luar pusat kuarantin

GAZA, 25 Ogos 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan perintah berkurung sepenuhnya selama 48 jam, selepas empat kes pertama Covid-19 dilaporkan di luar pusat kuarantin.

Menurut kementerian, empat sekeluarga di kem pelarian Maghazi disahkan positif Covid-19, walaupun langkah-langkah ketat telah diambil untuk menghalang jangkitan wabak tersebut.

Semua premis perniagaan, sekolah, masjid dan restoran akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh 48 jam.

(Days of Palestine)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts