Gaza sangat perlukan bantuan perubatan kecemasan

GAZA, 15 Mei 2018 — Suruhanjaya tinggi kempen Great March of Return dan Breaking the Siege merayu Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah, kerajaan Mesir dan pertubuhan antarabangsa supaya menghantar bantuan kecemasan bagi membantu hospital-hospital di Gaza menangani kekurangan ubat-ubatan dan peralatan bagi merawat mangsa-mangsa yang cedera diserang oleh tentera Zionis.

Kenyataan suruhanjaya tersebut semalam menyebut bahawa ratusan penduduk Gaza cedera dalam tempoh 24 jam menyebabkan krisis kekurangan ubat, peralatan dan pasukan perawat yang kritikal. Mereka memerlukan bantuan staf perubatan, doktor pakar bedah, dan juga ubat-ubatan.

Sekurang-kurangnya 59 penduduk Gaza maut dan lebih 2,710 yang lain cedera diserang oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan aman di kawasan sempadan timur Gaza semalam.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts