Gaza Siapkan Puluhan Ribu Paket Bantuan Menjelang Ramadhan

26 Julai 2010, Gaza – Pentadbiran kerajaan Hamas di Gaza pada hari Ahad (25/7) lalu telah melancarkan kempen “Ramadan Indah”, iaitu program yang akan mengagihkan bekalan makanan untuk sekitar tujuh puluh ribu keluarga dari kalangan para pekerja miskin dan yang masih menganggur.

Menurut Menteri Buruh dan Sosial, Ahmad Kurdi dalam kenyataannya kepada media, kementeriannya telah menyediakan semua persiapan yang diperlukan untuk pelaksanaan kempen tersebut yang akan terus berjalan sehingga akhir bulan Ramadan.

Kurdi menambah lagi bahawa pihaknya telah menggunakan senarai data dari Jabatan Tenaga Kerja yang mencatatkan 104 ribu pekerja yang sudah berumahtangga yang telah terdaftar melalui pejabat-pejabat Jabatan Tenaga Kerja, dan data tersebut akan terus dikemaskini.

Kurdi juga mengatakan bahawa pada Ahad (25/7) proses agihan telah pun bermula dengan 10,000 raga makanan, dan 50,000 lagi raga makanan akan diedarkan lagi. setiap satu raga makanan bernilai lima puluh dolar dari sumbangan yang diberikan oleh lembaga-lembaga Arab dan Negara-negara Islam, khususnya dari Yayasan Gaddafi dan Yayasan Syariah di Mesir serta dari Ikatan Doktor Arab.

Kurdi juga menegaskan bahawa pengepungan yang telah dikenakan ke atas Jalur Gaza dan kesan dari perang dahsyat yang lalu telah menyebabkan kemiskinan meningkat dan demikian juga kadar pengangguran, di mana tingkat penganggguran menjadi 60%. (milyas/aljzr)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts