Gaza Tetap Lawan Keganasan Zionis, 72 Terkorban Dan Ratusan Tercedera

BsJUIXACEAAjckGGAZA, 10 Julai 2014 (PIC | Al-Ray) — Keganasan terbaharu tentera Zionis ke atas penduduk Gaza kini memasuki hari ketiga. Jumlah korban dan kerosakan meningkat secara mendadak apabila Zionis meningkatkan serangan ke kawasan berpenduduk padat.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 72 orang penduduk telah terkorban di mana 25 daripadanya adalah kanak-kanak, dan lebih 550 orang lagi tercedera sejak bermulanya operasi serangan pada petang Isnin lalu sehingga awal pagi ini.

Dalam serangan terkini yang berlaku sebelum waktu Subuh tadi, sebuah rumah milik keluarga Al-Haj di Khan Younis telah menjadi sasaran. Semua tujuh orang penghuninya, kebanyakannya kanak-kanak, terkorban.

Sepanjang tempoh tiga hari tersebut, tentera Zionis telah melancarkan sekurang-kurangnya 600 serangan bom, menyebabkan sebanyak 678 buah rumah musnah atau rosak.

Sungguhpun Zionis mendakwa mereka telah memusnahkan kekuatan senjata Gaza, para mujahidin terus melakukan usaha pertahanan dan serangan balas. Puluhan roket berjaya menerobos masuk ke wilayah yang diduduki Ziois termasuk bandar Ashdod, Tel Aviv, al-Quds dan Haifa. Roket turut dilancarkan ke Zichron Yaakov, 120km dari Gaza.

Buat pertama kali, kota Dimona di Gurun Negev yang menempatkan senjata nuklear Zionis turut diserang dengan tiga roket dari Gaza.

range

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts